Sunday 25 September 2011

Alam Mutiara Kata !!!


1 . perbezaan antara lelaki dan wanita ialah bahawa lelaki itu orang gile dan wanita itu bodoh .
2 . cinta itu laksana memburu kijang yang cantik, semakin diburu semakin lari bersembunyi di hutan belantara. ke mana akan kembali… akhirnya sesal dan menangis untuk menghibur hati .
3 . cinta itu adalah penggerak mencapai cita-cita.
4 . hidup tanpa cinta adalah hidup tanpa cita-cita. cinta yang sebaik-baiknya adalah cinta yang bertalian dengan cita-cita.
5 . cinta itu tidak selamanya indah, kadang-kadang ia mempunyai seribu warna yang menakutkan .
6 . cinta adalah garam kehidupan. hidup tanpa cinta laksana makanan tanpa garam.
7 . semua pengetahuan didapati menerusi belajar, kecuali cinta, ia tumbuh sendiri tanpa kursus.
8 . cinta pada kekasih mesra, cinta pasa orang tua murni, cinta pada tuhan abadi.
9 . sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan menemukan cinta sejati yang sesungguhnya .
10 . seseorang yang berhasil mendapatkan cinta dengan mudah, akan sukar memperoleh cinta sejati.
11 . cinta sejati adalah cinta ibu kepada anaknya.
12 . jangan mencintai orang yang tidak mencintaimu kerana itu adalah sia-sia belaka, tetapi janganlah pula menyia-yiakan orang yang mencintaimu kerana itu berbahaya.
13 . tidak ada cinta tanpa cemburu.
14 . mengatakan bahawa anda hanya mencintai seorang seumur hidup anda, adalah sama saja dengan mengatakan bahawa sebatang lilin akan terus menyala selama hidup anda.
15 . orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk.
16 . tiada cinta yang lebih indah melainkan ketika dinyatakan dengan terus terang dalam suasana terharu.
17 . cinta itu laksana penyakit campak, semua orang harus merasakannya.
18 . cinta itu ibarat api yang dingin. siapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi terperangkap.
19 . cinta memang perlu bagi kehidupan kerana tanpa cinta kemahuan untuk hidup tidak akan ada.
20 . cintailah orang tua sebelum kita mencintai seorang kekasih.

No comments:

Post a Comment